Eskayvie Lumiea
Adakah Eskayvie Lumiea mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)?
Ya. Eskayvie Lumiea diklasifikasikan sebagai makanan dan berada di bawah seliaan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), KKM.
Adakah Eskayvie Lumiea sesuai diambil bersama rutin skincare dan rawatan wajah (facial)?
Ya. Eskayvie Lumiea boleh diambil bersama rutin skincare harian dan rawatan wajah kerana ia menyokong kesihatan kulit dari dalam. Ia berfungsi melengkapkan penjagaan luaran untuk membantu kulit kekal sihat dan seimbang.
Adakah Eskayvie Lumiea menggantikan penggunaan skincare harian?
Eskayvie Lumiea berfungsi menyokong kesihatan kulit dari dalam dan melengkapkan, bukan menggantikan, rutin penjagaan kulit luaran seperti pencuci muka, pelembap dan sunscreen masih lagi perlu diteruskan
Apa maksud “penggunaan berlebihan boleh menyebabkan kesan laksatif”?
Kesan laksatif bermaksud pergerakan usus menjadi lebih aktif jika produk diambil melebihi dos disarankan. Ia biasanya bersifat sementara dan akan pulih apabila dos dikurangkan.
Adakah Eskayvie Lumiea selamat untuk penggunaan harian dan jangka panjang?
Ya, Eskayvie Lumiea sesuai untuk pengambilan harian dan jangka panjang apabila diambil mengikut dos yang disarankan.
Adakah Eskayvie Lumiea sesuai untuk kulit sensitif?
Eskayvie Lumiea diformulasikan untuk menyokong kesihatan kulit, termasuk membantu mengurangkan kemerahan dan menyokong kesihatan skin barrier. Individu dengan sejarah alahan disarankan menyemak ramuan terlebih dahulu.
Adakah Eskayvie Lumiea membantu kulit wajah yang kelihatan kusam dan tidak bermaya?
Eskayvie Lumiea menyokong kesihatan kulit secara menyeluruh melalui gabungan Red Orange Complex™, L-Cystine dan Vitamin C, yang membantu melindungi kulit daripada tekanan oksidatif serta menyokong tona kulit yang lebih sekata dan kelihatan lebih ...
Adakah Eskayvie Lumiea membantu menyokong kelembapan kulit wajah?
Eskayvie Lumiea membantu menyokong kelembapan kulit dari dalam melalui gabungan Rose Crysta®-70, Vitamin C dan antioksidan terpilih yang menyokong kesihatan skin barrier serta membantu melindungi kelembapan semula jadi kulit. Kulit yang cukup nutrisi ...
Perlukah pakai sunscreen jika mengambil Eskayvie?
Ya. Eskayvie Lumiea membantu menyokong perlindungan kulit dari dalam, manakala sunscreen melindungi kulit dari luar. Gabungan kedua-duanya memberi perlindungan yang lebih menyeluruh.
Bolehkah saya mengambil 1 sachet pagi dan 1 sachet malam?
Boleh. Dos 2 sachet boleh dibahagikan mengikut keselesaan individu
Bolehkah Eskayvie Lumiea diambil semasa berpuasa?
Eskayvie Lumiea boleh diambil semasa sahur atau berbuka.
Perlukah Eskayvie Lumiea diambil setiap hari?
Ya. Pengambilan secara konsisten setiap hari membantu menyokong kesihatan kulit dengan lebih berkesan.
Bolehkah Eskayvie Lumiea diambil bersama ubat doktor atau suplemen lain?
Boleh, disyorkan untuk jarakkan masa pengambilan sekurang-kurangnya 30 minit atau dapatkan nasihat doktor jika anda mengambil ubat tertentu
Bolehkah Eskayvie Lumiea diambil bersama kopi atau teh?
Boleh, namun disarankan jarakkan 1–2 jam bagi penyerapan nutrisi yang lebih baik.
Perlukah Eskayvie Lumiea dibancuh dengan air?
Eskayvie Lumiea boleh dimakan secara terus (direct consume) tanpa perlu dibancuh dengan air.
Bilakah waktu terbaik untuk mengambil Eskayvie Lumiea?
Eskayvie Lumiea disarankan untuk diambil selepas makan supaya nutrisi dapat diserap dengan lebih baik, lebih selesa pada perut, dan memberi sokongan optimum kepada kesihatan kulit.
Berapa sachet Eskayvie Lumiea perlu diambil sehari?
Untuk sokongan kulit yang lebih konsisten, disarankan mengambil 2 sachet sehari secara konsisten.
Apa yang membezakan formulasi Eskayvie Lumiea dengan produk lain?
Eskayvie Lumiea mengandungi bahan berpaten antarabangsa seperti Red Orange Complex™ dari Sicily dan Rose Crysta®-70 dari Jepun yang diformulasikan khusus untuk menyokong pencerahan kulit, perlindungan UV dan kesihatan kulit secara menyeluruh.
Kenapa Eskayvie Lumiea tidak disarankan terus kepada kanak-kanak?
Eskayvie Lumiea diformulasikan untuk menyokong keperluan kulit dewasa seperti tona tidak sekata, pigmentasi dan perlindungan UV yang tidak menjadi keperluan utama bagi kulit kanak-kanak.
Adakah Eskayvie Lumiea selamat untuk ibu mengandung atau menyusu?
Ibu mengandung atau menyusu boleh mengambil Eskayvie Lumiea selepas trimester kedua, namun digalakkan untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memulakan pengambilan, bagi memastikan kesesuaian mengikut keadaan kesihatan Individu.
Siapa yang sesuai mengambil Eskayvie Lumiea?
Eskayvie Lumiea sesuai untuk lelaki dan wanita dewasa yang mengalami kulit kusam, tona tidak sekata, pigmentasi, kemerahan atau sering terdedah kepada cahaya matahari. Eskayvie Lumiea disyorkan untuk usia 18 tahun ke atas.
Apakah Eskayvie Lumiea?
Eskayvie Lumiea ialah suplemen kulit harian yang membantu menyokong kulit lebih cerah, tona lebih sekata dan kulit yang sihat dari dalam melalui gabungan ekstrak botani dan antioksidan terpilih