Pelan Langganan
Apakah tindakan sekiranya berlaku penyalahgunaan atau pelanggaran terma?
Sebarang penyalahgunaan, pelanggaran atau ketidakpatuhan terhadap terma dan syarat boleh mengakibatkan penamatan keahlian serta semua manfaat tanpa sebarang pampasan.
Adakah Eskayvie berhak mengubah terma pelan ini?
Ya. Eskayvie berhak untuk meminda, mengubah atau menamatkan pelan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
Bolehkah langganan dibatalkan?
Ya, langganan boleh dibatalkan. Walau bagaimanapun, sekiranya langganan dibatalkan, pelanggan perlu memulakan semula langganan dari awal sekiranya ingin menyertai pelan ini semula.
Adakah invois akan dikeluarkan bagi bulan percuma?
Ya. Bagi bulan keenam, invois bernilai RM0 akan dikeluarkan dan nilai EPV adalah 0.
Adakah pelan ini akan diperbaharui secara automatik selepas tamat tempoh?
Tidak. Pelan ini tidak akan diperbaharui secara automatik selepas tamat tempoh langganan. Pelanggan yang ingin meneruskan langganan perlu membuat langganan baharu.
Apakah yang akan berlaku sekiranya pembayaran gagal atau ditolak?
Sekiranya pembayaran langganan gagal atau ditolak, sistem akan membuat sebanyak empat (4) cubaan pembayaran seperti berikut: Satu (1) cubaan pada tarikh pembayaran bulanan pelanggan; dan Tiga (3) cubaan automatik pada tiga (3) hari berturut-turut ...
Adakah kad saya akan dicaj sekali gus untuk lima (5) bulan selepas melanggan?
Tidak. Tiada pembayaran secara sekali gus (one-off payment). Kad atau e-Wallet pelanggan hanya akan dicaj secara bulanan melalui auto-debit. Walau bagaimanapun, bayaran bagi bulan pertama mestilah berjaya untuk langganan diteruskan.
Apakah tanggungjawab pelanggan berkaitan pembayaran?
Pelanggan bertanggungjawab untuk memastikan baki mencukupi di dalam kad debit/kredit atau e-Wallet pada setiap tarikh invois.
Apakah kaedah pembayaran yang diterima?
Pembayaran langganan diproses melalui kaedah auto-debit menggunakan kad debit, kad kredit atau e-Wallet.
Bagaimanakah pelaksanaan bayaran langganan ini?
Bayaran bagi lima (5) bulan pertama akan dicaj melalui kaedah auto-debit (berbayar). Bulan keenam adalah percuma dan pelanggan akan menerima produk percuma.
Bagaimanakah cara untuk menyemak senarai langganan saya?
Sila log masuk ke My Account → Subscription List. Masukkan Date From dan Date To, kemudian klik Search untuk melihat senarai langganan anda.
Adakah pengambilan sendiri (self-pickup) dibenarkan?
Ya. Pengambilan sendiri dibenarkan di lokasi berikut: HQ Shah Alam DC Kota Bharu DC Sarawak DC Sabah DC Singapore
Bilakah tarikh penghantaran produk?
Penghantaran akan diproses selepas bayaran auto-debit berjaya dilaksanakan.
Bilakah produk percuma akan diterima?
Produk kombo percuma akan dihantar kepada pelanggan pada bulan terakhir langganan, iaitu bulan keenam.
Bolehkah saya menukar set kombo selepas melanggan?
Tidak. Pelanggan dikehendaki mengekalkan set kombo yang sama sepanjang tempoh langganan dan penukaran kombo tidak dibenarkan. Sekiranya pelanggan ingin menggunakan set kombo yang berbeza, langganan baharu perlu dibuat. Contoh: ✅ Bulan 1 hingga Bulan ...
Adakah saya boleh menggabungkan set kombo dalam satu langganan?
Tidak. Setiap langganan hanya terhad kepada satu (1) set kombo sahaja. Walau bagaimanapun, pelanggan dibenarkan untuk melanggan lebih daripada satu (1) kuantiti bagi set kombo yang sama dalam satu langganan.
Bolehkah saya menambah kuantiti produk semasa tempoh langganan?
Tidak. Setelah langganan berjaya dan pelan bermula, pelanggan tidak dibenarkan untuk menambah kuantiti produk sepanjang tempoh langganan. Sekiranya pelanggan ingin menambah kuantiti, langganan baharu perlu dibuat.
Apakah konsep langganan bagi pelan ini?
Pelan ini menggunakan konsep langganan selama 6 bulan, di mana pelanggan hanya perlu membuat bayaran untuk 5 bulan dan akan menerima produk percuma pada bulan keenam.
Apakah produk yang terlibat dalam pelan ini?
Produk yang terlibat dalam Pelan Langganan 6 Bulan adalah seperti berikut: Mindtropic Combo Mindtropic Junior Combo Family Mind Booster Combo
Siapakah yang layak menyertai Pelan Langganan 6 bulan?
Pelan ini terbuka secara eksklusif kepada semua Eskayvie Preferred Customer dan Usahawan Eskayvie Nexus yang berdaftar.
Apakah itu Pelan Langganan 6 bulan?
Pelan Langganan 6 bulan ialah inisiatif eksklusif untuk pelanggan setia, menawarkan penjimatan, ganjaran dan kemudahan melalui langganan bulanan yang lebih mudah dan teratur.