Langkah 1: Pergi ke laman web rasmi kami – https://eskayvie.com/
Klik ikon menu tiga garisan (hamburger menu) di bahagian kiri atas untuk pergi ke halaman log masuk.
Langkah 2: Masukkan Nama Pengguna (Username) dan Kata Laluan (Password).
Selepas berjaya log masuk, klik MY ACCOUNT. Kemudian, pilih butang Menu untuk melihat pilihan yang tersedia.
Langkah 3 : Klik Downline Purchase Details untuk membuat carian dan melihat rekod pembelian. Anda boleh membuat carian menggunakan Nama, Username, No. ID, atau No. Telefon Bimbit ahli, serta menapis hasil carian mengikut Downline ID, No. Dokumen, dan Tarikh Pesanan.
Jika anda memilih untuk membuat carian berdasarkan Username, pilih Downline ID, masukkan username downline, dan tapis hasil carian mengikut Tarikh Anggaran yang telah ditetapkan. Kemudian, klik Search untuk melihat maklumat pembelian.